Adik Afiq Muiz Tampil Cerita Sebenar…-“Pachara Cederakan Diri Sendiri, Cakar Muka Untuk Simpati?”


Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai isu Afiq Muiz dan bekas isterinya itu, Pachara Apin selepas memfailkan tuntutan cerai secara fasakh kepada pelakon lelaki Malaysia itu.

Adik Afiq Menyangkal Dakwaan Isteri Abangnya Itu
Menurut Pachara, Afiq dikatakan kerap melakukan penderaan kepadanya sehingga mengalami kecederaan teruk, dia juga berkata bahawa Afiq curang dan dia tidak mampu untuk tanggung Afiq selepas beberapa bulan dia tidak bekerja.

Namun dakwaan tersebut disangkal oleh adik Afiq iaitu dikenali sebagai Siraj Azman dan suaminya Beto Kusyafiq di ruangan komen instagram milik Afiq. Dakwaan dari mereka berdua menunjukkan bahawa yang mempunyai masalah sebenar adalah Pachara.

Mereka menjelaskan bahawa, Pachara pernah mencederakan dirinya sendiri, cakar muka dan badan didepan mata mereka dengan alasan supaya Afiq kesiankan dia. Tambahnya lagi, Panchara pernah mengigit tangan Afiq sehingga koyak seperti anjing gila mengigit sehingga mempunyai parut ke hari ini.

“Ini lepas dia claim bahu patah, tangan patah, semua dah cacat ni .. masih mampu download tinder cari jantan.”-kata Siraj

“Tak payah cakap kau tanggung abang aku, beberapa bulan masa pkp takde job berlakon, selepas habis semua duit simpanan abang aku.. mana kau? balik sabah? tak sanggup susah senang dgn abg aku? ohh lupa kau balik sabah dan enjoy life sampai terlupa kau seorang islam, balik sabah minum arak, makan babi dengan kawan-kawan, sudah la Pachara.”-tambah Siraj

Selain itu, Pachara juga pernah memaki ibu mereka, kerana membuang gambar Jesus yang diletakkan oleh Pachara di rumah Afiq. Itu kerana tidak dibenarkan bagi orang islam untuk meletakkan gambar tuhan agama lain di dalam rumah mereka.

Semakin hari semakin banyak gosip artis terkini mengenai rumah tangga mereka. Namun apa-apa pun semoga diberi kemudahan kepada Afiq dan keluarga untuk menyelesaikan perkara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pakai Baju Sendat & Seluar Pendek, Ini Yang Jadi Kepada Yuna

DS Khazrul Dah ‘Move On’, Tayang GF Baru, Tak Sangka Ini Orangya

“Melompat Happy Lah Si Anak Kazar Tu..” – Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik, Rupannya Sebab Ini