“Baju Pun Sopan Je..” – Dolla Buat Persembahan Di Majlis Iftar, Reaksi Pelajar Tahfiz Jadi Tumpuan


Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu video persembahan nyanyian di sebuah majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz berlegar di internet.

Dalam video tersebut, artis kumpulan wanita yang membuat persembahan di hadapan pelajar tahfiz berkenaan adalah Dolla yang sememangnya terkenal dengan pakaian mereka yang seksi ala artis k-pop.

Tampil manis berbaju tradisional pada malam itu, apa yang lebih menarik perhatian warga maya adalah reaksi pelajar-pelajar tahfiz yang menonton persembahan nyanyian itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpendapat bahawa para pelajar tahfiz berkenaan seperti tidak selesa meskipun Dolla berpakaian sopan.

Ada yang merasakan bahawa persembahan nyanyian itu kurang sesuai kerana lebih baik mereka diraikan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan.

Siang malam buadak-budak tu terkejar dengan pahala. Tak kan tak ada sensitiviti langsung?

Netizen juga menganggap bahawa pihak penganjur dan pengurus kumpulan itu tidak sensitif kerana membuatkan pelajar tahfiz yang hadir berasa ‘terseksa’ ketika majlis iftar itu berlangsung.

Video,

https://twitter.com/arfdy12/status/1641413457122824192?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1641413457122824192%7Ctwgr%5E8973d359b3f5844835e96a0bf13f69bdfad92126%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2Fvideo-baju-pun-sopan-je-dolla-buat-persembahan-di-majlis-iftar-reaksi-pelajar-tahfiz-jadi-tumpuan%2F

Comments

Popular posts from this blog

Pakai Baju Sendat & Seluar Pendek, Ini Yang Jadi Kepada Yuna

DS Khazrul Dah ‘Move On’, Tayang GF Baru, Tak Sangka Ini Orangya

“Melompat Happy Lah Si Anak Kazar Tu..” – Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik, Rupannya Sebab Ini