Dituduh Bekas Isteri Berkahwin Dua, Akhirnya Hafidz Roshdi Dedah Perkara Sebenar!



Shah Alam : Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, menafikan dakwaan dia sudah berkahwin lain seperti yang dilaporkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebelum ini.

Hafidz berkata, surat terbuka yang dimuat naik isterinya di media sosial pada 11 Mac lalu yang mendakwa dirinya berkahwin kali kedua adalah fitnah.

"Saya masih 'single dan available'. Insya-Allah jika saya bercerai ini, saya 'single'. Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka," katanya.

Terdahulu, menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram, Nurul Shuhada mendakwa Hafidz berkahwin tanpa izinnya.

"Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya," katanya.

Nurul Shuhada berkata, luahan yang dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz itu dibuat bagi melindungi diri dan dua anak mereka.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Comments

Popular posts from this blog

Pakai Baju Sendat & Seluar Pendek, Ini Yang Jadi Kepada Yuna

DS Khazrul Dah ‘Move On’, Tayang GF Baru, Tak Sangka Ini Orangya

“Melompat Happy Lah Si Anak Kazar Tu..” – Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik, Rupannya Sebab Ini