Giliran Afiq Muiz Pula Dedah Bukti Mesej Isteri Curang – “Kau Yang Bercinta”
Nampaknya, kemelut rumah tangga pelakon Afiq Muiz bersama isterinya, Panchara Apin masih belum menemui titik noktah sehingga telah berjaya meraih perhatian netizen di media sosial.
Mana tidaknya, baru-baru ini Panchara Apin atau nama islamnya Nur Aaira Mahdeya mendedahkan satu persatu ‘sisi gelap’ suaminya sepanjang mereka hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.
Enggan terus dirinya terus menjadi bahan fitnah, Afiq Muiz menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Panchara memandangkan wanita terbabit mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 31 tahun itu di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa tangkap layar yang menunjukkan perbualan di antara isterinya bersama individu lain yang menjadi bukti kepada perbuatan curang.
“Kau yang bercinta dan bunuh percintaan kita. Lepas tu tuduh aku yang jahat. Kau cakap tapi bukti tak ada tak guna jugak. Membohong je kerja kau kan.
“Fitnah la fitnah nanti kau jawab la kat akhirat , sedar la sendiri diri tu. Tak payah beria jaja cerita aku dera kau. Sudah-sudah la tu cerita dongeng kau.
“Dah kutip sekor, yang lain pula kau cuba. Aku pun malas nak cari jantan-jantan yang kau scam, sebab aku manusia biasa tapi aku yakin Allah itu ada. Insya-Allah,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, aktor kelahiran Kelantan itu turut mendakwa isterinya itu sering balik lewat pagi dalam keadaan mabuk serta keluar dengan lelaki lain.
Comments
Post a Comment