“Macam Iblis, Balik Tiga Pagi Bau Arak, Makan Babi” – Afiq Muiz Dedah Perangai Isteri?
Semalam hangat diperkatakan apabila isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.
Susulan isu tersebut, Afiq dikecam oleh netizen malah ruangan komen Instagram milik pelakon itu diserang oleh netizen memerlinya yang didakwa memukul isterinya.
Tidak hanya berdiam diri, Afiq dilihat membalas komen netizen mendakwa isterinya itu bukan wanita yang baik serta pernah berlaku curang.
Malah, Afiq turut mendedahkan perangai isterinya mendakwa isterinya itu balik lewat pagi dalam keadaan mabuk serta keluarga dengan lelaki lain.
Afiq turut menjawab saranan netizen supaya meleaskan isterinya secara baik, dimana pelakon itu mengakui keputusan itu agak sukar untuk dilakukan. Bagaimanapun, Afiq memberitahu akan pergi ke mahkamah untuk kes perceraian.
“Bukan mudah buat keputusan dalam keadaan diduakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati,” jawabnya.
Untuk rekod, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.
Sumber RK
Comments
Post a Comment