Video ‘Comeback’ Badan Ramping Raih Perhatian, Sekali Kena Tegur Dgn Netizen Sebab Ini Rupanya
Ramai tergamam melihat transformasi Nurul Shuhada Mat Shukri, isteri kepada Hafidz Roshdi yang kini sudah turun berat badan dan ramping.
Satu video dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai mempamerkan Shuhada yang mesra dipanggil Shu berjalan dengan seorang wanita.
Badannya yang langsing dan paha yang kecil itu membuatkan ramai netizen terkejut melihat ‘comeback‘ Shu selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya.
Menerusi komen rata-ratanya berkata Shu sebenarnya cantik namun tidak dihargai dan tidak dijaga dengan baik oleh orang yang disayanginya.
Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi netizen yang menyindir suaminya bakal menyesal ‘gigit jari’ selepas melihat perubahan pada Shu.
Dalam pada itu, segelintir individu sempat menegur dan menasihati Shu untuk memakai pakaian yang lebih longgar meskipun kini badannya sudah ramping.
Difahamkan, Shu sudah mengamalkan satu produk minuman menurunkan berat badan dan telah dipanggil untuk photoshoot mempromosikan jenama tersebut.
Sumber Nara
Comments
Post a Comment