Farid Kamil Minta Diana Danielle Bertaubat Sebelum Kena Laknat, Ada Sesuatu Yang Diana Danielle Buat Rupanya!
PELAKON Farid Kamil berharap isterinya, Diana Danielle segera bertaubat kerana perbuatan aktres itu boleh mendatangkan laknat kepada dirinya.
Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, dia tetap akan memaafkan Diana tidak kira sebesar mana kesalahan dilakukannya kerana masih mencintai dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
"Apa yang saya boleh kata, bertaubatlah sebelum terlambat... bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia lakukan itu mungkin akan ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh nak ampunkan.
"Saya sebagai manusia akan memaafkan dia walau apa sahaja kesalahan dia buat sebab dia adalah isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Saya mahu selamatkan rumah tangga kami.
Farid dan Diana bersama dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora.
"Saya hanya manusia biasa yang bertindak sebagai suami yang cuma menuntut hukum hakam ditetapkan," katanya kepada pemberita.
Farid yang ditemui selepas hadir ke proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kesalahan dilakukan oleh Diana sehingga dia berkata begitu.
Dalam pada itu, proses sulh di antara Farid dan Diana gagal selepas aktres itu tidak hadir pada rundingan tersebut disebabkan belum bersedia bersemuka dengan aktor tersebut.
Farid berkata, Diana memaklumkan alasan itu kepada peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan sehari sebelum proses itu berlangsung di Pejabat Sulh mahkamah berkenaan.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh sebutan baharu untuk proses sulh pasangan berkenaan.
Sulh merupakan suatu proses yang menyaksikan pihak terlibat dalam pertikaian atau beberapa tuntutan di mahkamah, dipanggil dan dipertemu dalam satu majlis perundingan terpimpin secara rasmi serta diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu.
Jika perdamaian dicapai, mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.
Proses Sulh pasangan ini gagal apabila Diana tidak hadirkan diri.
Sementara itu, Farid turut mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana membabitkan aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah yang kesemuanya bernilai RM319,700.
Farid berkata, tawaran itu diharap dapat memujuk Diana kembali berbaik demi masa depan dua anak mereka, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Comments
Post a Comment