“Masa Sakit Pandai Minta Doa Peminat” – Netizen Kritik Nad Zainal & Ungku Ismail ‘Kekwat’, Tak Mesra Ketika Disapa, Siap Bukti Video!
Apabila bergelar sebagai seorang selebriti, ia sudah menjadi kebiasaan setiap tindak tanduk akan menjadi perhatian para netizen.
Baru-baru ini, di laman TikTok, nama Nad Zainal dan suami, Ungku Ismail mendapat perhatian setelah didakwa tidak memberi reaksi mesra sewaktu berada di ekspo raya di Putrajaya.
Difahamkan dari video yang dimuat naik, Nad dipercayai ditegur oleh seorang penjaga booth, namun aktres tersebut hanya sekadar mengangkat tangan, manakala suaminya pula langsung tidak memberi respon.
Susulan itu, kebanyakan netizen meninggalkan komen kecaman terhadap pasangan tersebut dan mempersoalkan tindakan mereka memandangkan kedua-duanya adalah pelakon popular.
Sekadar info, sebelum ini terdapat seorang peminat meluahkan rasa kecewanya terhadap Nad Zainal kerana bersikap sombong apabila lambaian tidak dibalas.
Sumber BN
Comments
Post a Comment