Muka Dah Cantik, Pakai Tudung Tapi Nampak Lurah ‘Aset’, Tak Sangka Ini Yang Dia Buat Dalam Video
Baru-baru ini tular sebuah video di platform Twitter yang memaparkan seorang wanita berhijab mempromosikan produk losen badan sehingga mengundang kritikan dan cemuhan warganet.
Promote jual losen badan
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali Arieff, dilihat wanita berkenaan memakai baju berwarna peach lembut dan merah jambu sedang menguar-uarkan kebaikan losen badan yang dijual olehnya di dalam sebuah kereta.
“Hai, semua. Hari ini saya nak tunjuk satu produk yang boleh mencerahkan kulitkan korang dengan sangat cepat tau iaitu Scarlett Whitening from Frozen Malaysia. Okey, kebaikan dia sangat banyak iaitu boleh mencerahkan kulit korang dalam masa lima hari dan boleh bintik hitam…”katanya.
Ni tudung style apa pairing dengan cleavage ni?
Bagaimanapun, wanita itu menerima kritikan terutama pemakaian tudung kerana tidak bersesuaian memakai tudung. Mana tidaknya, dia mendedahkan ‘lurah’ bahagian dada dengan jelas tanpa memakai baju yang menutupinya.
“Ni tudung style apa pairing dengan cleavage ni?”ciap Arieff mengenai gaya tudung wanita tersebut.
Tak kisah kalau nak pakai tudung atau free hair tapi biarlah berpada-pada
Bukan itu sahaja, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet lain yang turut meluahkan kekecewaan dan keliru tentang gaya pemakaian wanita itu seakan tidak sesuai dan seksi bagi seseorang wanita berhijab.
Video,
Botak ke? Atau rambut penuh kelemumur?
Tidak kurang juga mereka menyindir fesyen hijab tersebut dan mengatakan gaya itu seolah-olah menggambarkan wanita berkenaan mengalami masalah rambut sama ada botak atau kelememur.
Marketing je ni…
Malah, ada yang beranggapan wanita itu sengaja minta dikecam atas tujuan melariskan produk yang dijualnya di media sosial.
Comments
Post a Comment