Shila Amzah Pegang Tangan Ubai Di Genting Highlands, Cetus Tanda Tanya
Penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian netizen apabila dilihat berpegangan tangan dengan kekasihnya, Ubai Mz.
Menerusi perkongsian di TikTok @ha_cda, mereka berdua dijumpai semasa sedang memilih makanan di Genting Highlands, Pahang.
“Bahagianya kan tengok diaorang ni,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka dengan perbuatan Shila memegang tangan Ubai.
Malah, ada juga yang mempersoalkan sama ada mereka berdua sudah mendirikan rumah tangga.
“Ingat kan Shila jenis yang tak pegang tangan.
“Level wajib nikah dah ni.
“Dah kahwin ke diaorang?,” komen netizen.
Sumber BN
Comments
Post a Comment