Posts

Mengaku dengar bisikan ghaib... ibu campak bayi 10 bulan dalam sungai kerana asyik menangis

Image
SEORANG ibu tergamak membuang bayinya berusia 10 bulan ke dalam sungai sehingga ditemukan lemas. Dalam kejadian di Tangerang, Indonesia, suspek wanita itu berusia 38 tahun membuang anaknya pada 3 April lalu. Memetik TribunJakarta, mayat bayi lelaki itu ditemukan terapung di Kali Kandang Gede, Bakung, di Kronjo, Tangerang. Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Sigit Dany Setiyono berkata, hasil siasatan mendapati tindakan wanita itu kerana tidak tahan dengan tangisan bayinya setiap hari. Selain itu, suspek turut mengakui semakin tertekan kerana berasa letih akibat kerja rumah ditambah faktor ekonomi. "Ia juga disebabkan oleh ketiadaan suami yang bekerja di Jakarta dan sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi," tambah Sigit. Menurut suspek, mangsa menangis tanpa sebab yang jelas. "Disebabkan itu, suspek berasa geram dan marah, kemudian mengaku mendengar 'bisikan' untuk membuang anaknya ke dalam sungai. "Selepas mencampakkan anaknya ke dalam sungai, suspek kemudia...

Dituduh sombong disapa peminat, Ungku Ismail mula bersuara

Image
NAMA pasangan Nad Zainal dan Ungku Ismail hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas didakwa bersikap sombong dan acuh tidak acuh ketika disapa peminat di Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP2023). Susulan dakwaan tersebut, Ungku Ismail hanya mampu meluahkan rasa syukur dapat mengutip pahala selepas video tersebut menjadi bualan ramai. “Alhamdulillah, banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan, amalan sejak malam semalam. Ungku jawab dakwaan sombong dengan peminta. “Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. Subhanallah,” katanya. Ungku Ismail berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa. Dalam pada itu, Ungku Ismail menganggap kejadian tersebut sebagai satu ujian buat dia dan isteri apatah lagi ketika ini umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan. Katanya lagi, kebenaran hanya akan terbukti di akhirat kelak tanpa perlu dia mempertahankan diri. "Yang muat naik, yang beritakan, yang sebar, y...

Farid Kamil Minta Diana Danielle Bertaubat Sebelum Kena Laknat, Ada Sesuatu Yang Diana Danielle Buat Rupanya!

Image
PELAKON Farid Kamil berharap isterinya, Diana Danielle segera bertaubat kerana perbuatan aktres itu boleh mendatangkan laknat kepada dirinya. Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, dia tetap akan memaafkan Diana tidak kira sebesar mana kesalahan dilakukannya kerana masih mencintai dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. "Apa yang saya boleh kata, bertaubatlah sebelum terlambat... bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia lakukan itu mungkin akan ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh nak ampunkan. "Saya sebagai manusia akan memaafkan dia walau apa sahaja kesalahan dia buat sebab dia adalah isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Saya mahu selamatkan rumah tangga kami. Farid dan Diana bersama dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora. "Saya hanya manusia biasa yang bertindak sebagai suami yang cuma menuntut hukum hakam ditetapkan," katanya kepada pemberita. Farid yang ditemui selepas hadir ke proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pad...

“Masa Sakit Pandai Minta Doa Peminat” – Netizen Kritik Nad Zainal & Ungku Ismail ‘Kekwat’, Tak Mesra Ketika Disapa, Siap Bukti Video!

Image
Apabila bergelar sebagai seorang selebriti, ia sudah menjadi kebiasaan setiap tindak tanduk akan menjadi perhatian para netizen. Baru-baru ini, di laman TikTok, nama Nad Zainal dan suami, Ungku Ismail mendapat perhatian setelah didakwa tidak memberi reaksi mesra sewaktu berada di ekspo raya di Putrajaya. Difahamkan dari video yang dimuat naik, Nad dipercayai ditegur oleh seorang penjaga booth, namun aktres tersebut hanya sekadar mengangkat tangan, manakala suaminya pula langsung tidak memberi respon. Susulan itu, kebanyakan netizen meninggalkan komen kecaman terhadap pasangan tersebut dan mempersoalkan tindakan mereka memandangkan kedua-duanya adalah pelakon popular. Sekadar info, sebelum ini terdapat seorang peminat meluahkan rasa kecewanya terhadap Nad Zainal kerana bersikap sombong apabila lambaian tidak dibalas. Sumber BN

Akhirnya Syamsul Yusof Beritahu Samada Isteri Kedua Dia, Ira Kazar Sedang Hamil Atau Tidak

Image
Pengarah Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri keduanya, Ira Kazar sedang berbadan dua. Syamsul ketika ditemui bagaimanapun menjelaskan, segala khabar angin yang bertebaran adalah satu fitnah. “Tidak. Itu adalah fitnah. Begitulah kehidupan saya setiap pagi, saya minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada yang bertanya Syamsul itu dan ini. Saya pun jawab apa pula kali ini? “Saya tak tahulah. Tapi kalau orang itu (Ira) mengandung, Alhamdulillah. Apa yang tak boleh? “Jadi jujur saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya akan maklumkan. Tapi kalau nak cakap sebegitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sajalah. Doakan yang baik-baik, tapi tiada (mengandung),” katanya. Siapa Ira Kazar? Syamsul Yusof 'zip' mulut - Kosmo Digital Terdahulu, Syamsul melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar. Menurut Syamsul, dia reda apabila dirinya tidak berhenti ditimpa...

“Melompat Happy Lah Si Anak Kazar Tu..” – Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik, Rupannya Sebab Ini

Image
Setelah beberapa bulan konflik rumah tangga menjadi perhatian umum, akhirnya Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik pada 18 April nanti. Melalui video yang dimuat naik oleh pihak Utusan di laman TikTok, Syamsul luahkan rasa syukur semua berakhir dengan baik dan enggan memberi keterangan berlebihan. Biarpun mendiamkan diri sejak konflik rumah tangga ini berlaku, isteri kedua iaitu Ira Kazar tidak akan terlepas daripada menjadi sasaran kecaman netizen kerana ramai merasakan wanita itu punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti ini berlaku. Setelah berita Syamsul bakal menceraikan Sarah tidak lama lagi tersebar, netizen mendakwa Ira pasti sedang berseronok kerana berjaya memiliki pengarah tersebut sendiri. Dalam pada masa yang sama, netizen mendesak agar anak pelakon veteran, Kazar itu memohon maaf kepada Sarah serta keluarga Syamsul setelah segala yang dilakukannya selama ini. Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pegumuman...

Setelah Syamsul Dan Sarah Setuju Untuk Bercerai, Tak Sangka Ini Kata2 Dari Datuk Yusof Haslam!

Image
PENERBIT Datuk Yusof Haslam reda dengan keputusan dibuat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang sepakat untuk bercerai secara baik bagi menamatkan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan selama lebih empat tahun. Kata Yusof, 69, meskipun dia dan isteri, Datin Patimah Ismail sedih perkahwinan anak dan menantunya itu akan berakhir dengan perpisahan namun berharap mereka mengekalkan hubungan baik demi dua anak mereka. "Benda sudah berlaku. Mestilah saya dan isteri sedih kerana rumah tangga yang dibina selama 10 tahun musnah disebabkan satu kesilapan. Tapi benda ini tak boleh nak patah balik... jadi yang dah lepas itu, biarkanlah. "Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Puteri Sarah dan dia akan tetap menjadi menantu kami malah hubungan dengan besa juga kekal baik selepas ini," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada petang Isnin. Yusof dan Patimah tetap anggap Puteri Sarah sebagai menantu. Mengulas mengenai pertemuan Syamsul dan Puteri Sarah pada malam Ahad, Yusof m...