Posts

Showing posts from February, 2023

Kantoi Buat ‘Projek’ Atas Jejantas, Dua Lelaki & Seorang Wanita Ditahan

Image
Tidak dinafikan, kebanyakan orang zaman sekarang bersikap terbuka dalam melakukan apa-apa hal termasuk aib masing-masing sehingga tular di media sosial seperti berlaku di Thailand. Aksi ‘sedap’ waktu siang Bagaimanapun, aksi tiga individu iaitu dua orang lelaki dan seorang wanita Thailand yang melakukan hubungan intim di atas jejantas membawa padah apabila berjaya dicekup oleh pihak polis. Memetik laporan The Thaiger, ketiga-tiga individu itu ditahan oleh polis wilayah Phitsanulok atas kesalahan melakukan ‘aksi sedap’ pada siang hari. Gilir-gilir ‘sedap’ Susulan foto tular itu, pegawai polis dari Balai Polis Mueang Phitsanulok segera memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenalpasti identiti ketiga-tiga suspek yang melakukan kegiatan ‘seks’ pada waktu siang. Malah, polis mengatakan ia turut terakan mereka melakukan aksi bergilir-gilir di atas jejantas berkenaan. Hasil tinjauan di lokasi kejadian, polis menemui dua bantal dan sehelai selimut di atas jejantas berkenaan na

Selalu Buat ‘Live’ Sama-Sama Dalam Rumah, Netizen Dakwa Ubai & Shila Bersekedudukan

Image
Penyanyi, Shila Amzah dilihat sering membuat sesi siaran langsung atau live di aplikasi TikTok bersama kekasihnya yang juga merupakan seorang influencer iaitu Ubai. Malah, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah sebelum ini juga pernah tersasul memanggil Ubai dengan gelaran ‘sayang’. Susulah itu, timbul pula dakwaan mengatakan Shila dan Ubai bersekedudukan kerana sering membuat live bersama-sama di dalam rumah. Tampil memberi respon, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah menafikan dia duduk sebumbung dengan penyanyi berusia 32 tahun itu. Kalau kata kami tinggal satu rumah, baik kahwin je. Jelasnya lagi, mereka selalunya akan melakukan sesi live secara berkumpulan namun hanya dirinya yang menepati masa dan datang awal manakala dua orang lagi rakan pempengaruh sering datang lambat. Kami akan buat live sama-sama dekat rumah Sha. Mungkin sebab itu timbul dakwaan daripada mulut orang. Dalam pada itu, Ubai memaklumkan dia juga akan berehat sebentar di rumah Shila se

Netizen Dakwa ND Lala Kahwin Lain, Sekali Ini Respon Isteri Beliau!

Image
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang terkenal pada era 80-an dikatakan telah bernikah lagi secara rahsia dengan seorang wanita yang usianya jauh lebih muda. Difahamkan, rumah tangga penyanyi itu sedang bermasalah dan di ambang penceraian namun dilihat hadir ke satu program nyanyian bersama isteri bagi melihat anak mereka yang juga penyanyi wanita popular membuat persembahan. Susulan itu, netizen telah mendakwa penyanyi yang dimaksudkan itu adalah ND Lala dan isterinya iaitu Datin Fauziah Sarman. Bagaimanapun, Datin Fauziah Sarman dilihat memuat naik foto mereka bersama sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-35, semalam. 35 tahun… Alhamdulillah Bukan itu sahaja, ibu kepada Shila Amzah itu turut meletakkan tanda pagar yang tertulis ‘susah senang bersama’ dan ’till jannah’. Perkongsian itu secara tidak langsung menidakkan dakwaan yang dikatakan oleh netizen kerana mereka dilihat bahagia dan baik-baik sahaja. Sebelum ini, rumah tangga dibina pas

Pelakon Lelaki Popular Era 80-an Kahwin Lagi Satu, Anaknya Seorang Penyanyi Terkenal

Image
Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Betul tidak? Apapun, macam musim pula sekarang ni selepas ramai juga antara selebriti di Malaysia yang memilih untuk kahwin lebih dari satu. Pelakon lelaki popular era 80an kahwin lagi satu… Terbaru, seorang penyanyi dan pelakon lelaki yang cukup popular era 1980an dilaporkan sudahpun selamat bernikah seorang lagi. Memetik laporan Harian Metro, isteri barunya masih muda dan jarak umur antara mereka sangat jauh. Sumber kepada Harian Metro turut mendakwa ramai penduduk berdekatan tempat tinggal mereka melihat kelibat artis itu. Setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah artis yang dimaksudkan. Ini kerana Harian Metro hanya menyebut pasangan itu ada hadir ke pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular. Sumber Harian

Hormat Suami, Diana Danielle Takkan Kongsi Hal ‘Dalam Kain’ Di Media Sosial

Image
 Pelakon, Diana Danielle berkata dia tidak tidak akan sesekali berkongsi perihal rumah tangga di media sosial. Memetik Utusan Online, Diana berkata tindakan tersebut adalah cara menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil. “Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang. “Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” katanya. Dalam pada itu, Diana berkata kesefahaman dan toleransi dalam hubungan suami isteri untuk hidup bahagia, selain itu kepercayaan juga penting. “Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami. “Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” katanya. Diana dan Farid mendirikan rumah ta