Selalu Buat ‘Live’ Sama-Sama Dalam Rumah, Netizen Dakwa Ubai & Shila Bersekedudukan


Penyanyi, Shila Amzah dilihat sering membuat sesi siaran langsung atau live di aplikasi TikTok bersama kekasihnya yang juga merupakan seorang influencer iaitu Ubai.

Malah, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah sebelum ini juga pernah tersasul memanggil Ubai dengan gelaran ‘sayang’.

Susulah itu, timbul pula dakwaan mengatakan Shila dan Ubai bersekedudukan kerana sering membuat live bersama-sama di dalam rumah.

Tampil memberi respon, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah menafikan dia duduk sebumbung dengan penyanyi berusia 32 tahun itu.

Kalau kata kami tinggal satu rumah, baik kahwin je.
Jelasnya lagi, mereka selalunya akan melakukan sesi live secara berkumpulan namun hanya dirinya yang menepati masa dan datang awal manakala dua orang lagi rakan pempengaruh sering datang lambat.

Kami akan buat live sama-sama dekat rumah Sha. Mungkin sebab itu timbul dakwaan daripada mulut orang.

Dalam pada itu, Ubai memaklumkan dia juga akan berehat sebentar di rumah Shila selepas habis melakukan sesi live memandangkan jarak antara rumah mereka agak jauh.

Lagipun rumah Sha bukan ada kami empat orang sahaja. Rumah dia ada pembantu rumah dan anaknya juga.

Sumebr BN

Comments

Popular posts from this blog

Pakai Baju Sendat & Seluar Pendek, Ini Yang Jadi Kepada Yuna

DS Khazrul Dah ‘Move On’, Tayang GF Baru, Tak Sangka Ini Orangya

“Melompat Happy Lah Si Anak Kazar Tu..” – Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik, Rupannya Sebab Ini