Netizen Dakwa ND Lala Kahwin Lain, Sekali Ini Respon Isteri Beliau!


Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang terkenal pada era 80-an dikatakan telah bernikah lagi secara rahsia dengan seorang wanita yang usianya jauh lebih muda.

Difahamkan, rumah tangga penyanyi itu sedang bermasalah dan di ambang penceraian namun dilihat hadir ke satu program nyanyian bersama isteri bagi melihat anak mereka yang juga penyanyi wanita popular membuat persembahan.

Susulan itu, netizen telah mendakwa penyanyi yang dimaksudkan itu adalah ND Lala dan isterinya iaitu Datin Fauziah Sarman.

Bagaimanapun, Datin Fauziah Sarman dilihat memuat naik foto mereka bersama sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-35, semalam.

35 tahun… Alhamdulillah

Bukan itu sahaja, ibu kepada Shila Amzah itu turut meletakkan tanda pagar yang tertulis ‘susah senang bersama’ dan ’till jannah’.

Perkongsian itu secara tidak langsung menidakkan dakwaan yang dikatakan oleh netizen kerana mereka dilihat bahagia dan baik-baik sahaja.

Sebelum ini, rumah tangga dibina pasangan yang memiliki empat orang cahaya mata itu didakwa berantakan.

Namun, Shila tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan ibu bapanya sedang melalui fasa sukar selepas 33 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber BN


Comments

Popular posts from this blog

Pakai Baju Sendat & Seluar Pendek, Ini Yang Jadi Kepada Yuna

DS Khazrul Dah ‘Move On’, Tayang GF Baru, Tak Sangka Ini Orangya

“Melompat Happy Lah Si Anak Kazar Tu..” – Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik, Rupannya Sebab Ini