Mengaku dengar bisikan ghaib... ibu campak bayi 10 bulan dalam sungai kerana asyik menangis
SEORANG ibu tergamak membuang bayinya berusia 10 bulan ke dalam sungai sehingga ditemukan lemas. Dalam kejadian di Tangerang, Indonesia, suspek wanita itu berusia 38 tahun membuang anaknya pada 3 April lalu. Memetik TribunJakarta, mayat bayi lelaki itu ditemukan terapung di Kali Kandang Gede, Bakung, di Kronjo, Tangerang. Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Sigit Dany Setiyono berkata, hasil siasatan mendapati tindakan wanita itu kerana tidak tahan dengan tangisan bayinya setiap hari. Selain itu, suspek turut mengakui semakin tertekan kerana berasa letih akibat kerja rumah ditambah faktor ekonomi. "Ia juga disebabkan oleh ketiadaan suami yang bekerja di Jakarta dan sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi," tambah Sigit. Menurut suspek, mangsa menangis tanpa sebab yang jelas. "Disebabkan itu, suspek berasa geram dan marah, kemudian mengaku mendengar 'bisikan' untuk membuang anaknya ke dalam sungai. "Selepas mencampakkan anaknya ke dalam sungai, suspek kemudia...