Posts

Showing posts from March, 2023

“Macam Iblis, Balik Tiga Pagi Bau Arak, Makan Babi” – Afiq Muiz Dedah Perangai Isteri?

Image
Semalam hangat diperkatakan apabila isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun. Susulan isu tersebut, Afiq dikecam oleh netizen malah ruangan komen Instagram milik pelakon itu diserang oleh netizen  memerlinya yang didakwa memukul isterinya. Tidak hanya berdiam diri, Afiq dilihat membalas komen netizen mendakwa isterinya itu bukan wanita yang baik serta pernah berlaku curang. Malah, Afiq turut mendedahkan perangai isterinya mendakwa isterinya itu balik lewat pagi dalam keadaan mabuk serta keluarga dengan lelaki lain. Afiq turut menjawab saranan netizen supaya meleaskan isterinya secara baik, dimana pelakon itu mengakui keputusan itu agak sukar untuk dilakukan. Bagaimanapun, Afiq memberitahu akan pergi ke mahkamah untuk kes perceraian. “Bukan mudah buat keputusan dalam keadaan diduakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati,” jawabnya. Untuk rekod,...

Video ‘Comeback’ Badan Ramping Raih Perhatian, Sekali Kena Tegur Dgn Netizen Sebab Ini Rupanya

Image
Ramai tergamam melihat transformasi Nurul Shuhada Mat Shukri, isteri kepada Hafidz Roshdi yang kini sudah turun berat badan dan ramping. Satu video dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai mempamerkan Shuhada yang mesra dipanggil Shu berjalan dengan seorang wanita. Badannya yang langsing dan paha yang kecil itu membuatkan ramai netizen terkejut melihat ‘comeback‘ Shu selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Menerusi komen rata-ratanya berkata Shu sebenarnya cantik namun tidak dihargai dan tidak dijaga dengan baik oleh orang yang disayanginya. Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi netizen yang menyindir suaminya bakal menyesal ‘gigit jari’ selepas melihat perubahan pada Shu. Dalam pada itu, segelintir individu sempat menegur dan menasihati Shu untuk memakai pakaian yang lebih longgar meskipun kini badannya sudah ramping. Difahamkan, Shu sudah mengamalkan satu produk minuman menurunkan berat badan dan telah dipanggil untuk  photoshoot  mempromosikan jenama tersebut. Su...

Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia, Tak Sangka Ini Jawapan Doktor!

Image
Pelakon Hafidz Roshdi sudah pun ke ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri seperti yang diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac lalu. Memetik Sinar Harian, peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader bagaimanapun berkata belum ada keputusan dikeluarkan kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi. “Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi. “Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya. Dalam pada itu, Akberdin juga memberitahu bahawa tiada halangan untuk pelakon itu bertemu dengan anak-anaknya dalam tempoh rawatan berlangsung. Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada  ...

“Baju Pun Sopan Je..” – Dolla Buat Persembahan Di Majlis Iftar, Reaksi Pelajar Tahfiz Jadi Tumpuan

Image
Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu video persembahan nyanyian di sebuah majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz berlegar di internet. Dalam video tersebut, artis kumpulan wanita yang membuat persembahan di hadapan pelajar tahfiz berkenaan adalah Dolla yang sememangnya terkenal dengan pakaian mereka yang seksi ala artis k-pop. Tampil manis berbaju tradisional pada malam itu, apa yang lebih menarik perhatian warga maya adalah reaksi pelajar-pelajar tahfiz yang menonton persembahan nyanyian itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpendapat bahawa para pelajar tahfiz berkenaan seperti tidak selesa meskipun Dolla berpakaian sopan. Ada yang merasakan bahawa persembahan nyanyian itu kurang sesuai kerana lebih baik mereka diraikan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan. Siang malam buadak-budak tu terkejar dengan pahala. Tak kan tak ada sensitiviti langsung? Netizen juga menganggap bahawa pihak penganjur dan pengurus kumpulan itu tidak sensitif kerana membuatkan pelajar ta...

Adik Afiq Muiz Tampil Cerita Sebenar…-“Pachara Cederakan Diri Sendiri, Cakar Muka Untuk Simpati?”

Image
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai isu Afiq Muiz dan bekas isterinya itu, Pachara Apin selepas memfailkan tuntutan cerai secara fasakh kepada pelakon lelaki Malaysia itu. Adik Afiq Menyangkal Dakwaan Isteri Abangnya Itu Menurut Pachara, Afiq dikatakan kerap melakukan penderaan kepadanya sehingga mengalami kecederaan teruk, dia juga berkata bahawa Afiq curang dan dia tidak mampu untuk tanggung Afiq selepas beberapa bulan dia tidak bekerja. Namun dakwaan tersebut disangkal oleh adik Afiq iaitu dikenali sebagai Siraj Azman dan suaminya Beto Kusyafiq di ruangan komen instagram milik Afiq. Dakwaan dari mereka berdua menunjukkan bahawa yang mempunyai masalah sebenar adalah Pachara. Mereka menjelaskan bahawa, Pachara pernah mencederakan dirinya sendiri, cakar muka dan badan didepan mata mereka dengan alasan supaya Afiq kesiankan dia. Tambahnya lagi, Panchara pernah mengigit tangan Afiq sehingga koyak seperti anjing gila mengigit sehingga mempunyai parut ke har...

Selepas Umrah Bersama Akhirnya Shuk Dan Rossa Sah Bercerai Talak Satu, Tak Sangka Ini Sebab Bercerai Juga

Image
Pelawak Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah pun bercerai talak satu dengan isterinya Rossa Sera selepas lebih setahun status rumah tangganya menjadi tanda tanya. Memetik mStar Online, Shuk telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu. Menurut Shuk, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan berbincang secara baik selepas sahaja mereka pulang mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun ini. “Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu. Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya. Dalam pada itu, Shuk berkata dia dan bekas isterinya tetap menjalin hubungan baik demi kedua-dua anak mereka. Tambah Shuk lagi, perpisahan yang berlaku akan dijadikan pengajaran buatnya untuk menjadi lelaki yang lebih baik di masa akan datang. “Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal ...

Giliran Afiq Muiz Pula Dedah Bukti Mesej Isteri Curang – “Kau Yang Bercinta”

Image
Nampaknya, kemelut rumah tangga pelakon Afiq Muiz bersama isterinya, Panchara Apin masih belum menemui titik noktah sehingga telah berjaya meraih perhatian netizen di media sosial. Mana tidaknya, baru-baru ini Panchara Apin atau nama islamnya Nur Aaira Mahdeya mendedahkan satu persatu ‘sisi gelap’ suaminya sepanjang mereka hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Enggan terus dirinya terus menjadi bahan fitnah, Afiq Muiz menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Panchara memandangkan wanita terbabit mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang bukti yang kukuh. Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 31 tahun itu di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa tangkap layar yang menunjukkan perbualan di antara isterinya bersama individu lain yang menjadi bukti kepada perbuatan curang. “Kau yang bercinta dan bunuh percintaan kita. Lepas tu tuduh aku yang jahat. Kau cakap tapi bukti tak ada tak guna jugak. Membohong je kerja kau kan. “Fitnah la fitn...

"Kau pukul2 lagi setiap Jumaat Sabtu. Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan?"

Image
Selepas pelakon Afiq Muiz mendedahkan perangai isterinya di media sosial, giliran Pachara Apin pula mendedahkan sepanjang berkahwin dia yang terpaksa keluarga bekerja untuk menampung kehidupa mereka suami isteri. Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Pachara mendakwa sementara dia keluar bekerja Afia hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain game. Pachara mendakwa Afiq akan memberikannya waktu rehat pada hari Ahad kerana pada hari Isnin suaminya itu mahu dia bekerja untuk menanggungnya. “Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya? “Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu? Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game. “Kau marah saya kau bosan duduk rumah main ga...

Syamsul Buat Pendedahan Puteri Sarah Berlaku Curang Dengan Suami Orang

Image
JARANG sekali membuat pendedahan kisah rumah tangganya, namun pengarah filem Syamsul Yusof akhirnya terpaksa buka cerita dengan mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bersikap curang apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang. Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendedahkan perkara itu sebagai sebahagian alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa. Pengarah filem Munafik itu ketika ditemui media berkata, sebagai suami dia tidak boleh menerima apabila isterinya berlaku curang dan berat baginya untuk mendedahkan perkara itu dalam tuntutannya. "Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain," katanya kepada pemberita. Syamsul hadir ke mahkamah ditemani peguam, Azmi Mohd Rais. Syamsul berkongsi perkara itu ketika d...

Dikatakan Isteri Derhaka, Akhirnya Syamsul Yusof Fail Permohonan Nusyuz Terhadap Isteri Puteri Sarah

Image
PETALING JAYA – Isteri pertama kepada pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah berlapang dada dan sedia berjuang berhubung tuntutan nusyuz yang dikatakan bakal difailkan suaminya itu, hari ini. Kata Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia tidak tahu-menahu tentang tuntutan yang bakal dilakukan Syamsul namun sedia terus berjuang demi nasibnya sebagai seorang isteri. “Saya pun tak tahu apa-apa. Tunggu sahajalah apa tindakan dan dakwaan dia petang nanti. “Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja (shooting) cari duit sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi. Jelas pelakon drama rantaian Andai Itu Takdirnya lagi, lawan tetap lawan dan dia akan terus berjuang mempertahankan nasibnya sebagai seorang isteri. “Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia. “Minta doa...

Dituduh Bekas Isteri Berkahwin Dua, Akhirnya Hafidz Roshdi Dedah Perkara Sebenar!

Image
Shah Alam : Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, menafikan dakwaan dia sudah berkahwin lain seperti yang dilaporkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebelum ini. Hafidz berkata, surat terbuka yang dimuat naik isterinya di media sosial pada 11 Mac lalu yang mendakwa dirinya berkahwin kali kedua adalah fitnah. "Saya masih 'single dan available'. Insya-Allah jika saya bercerai ini, saya 'single'. Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka," katanya. Terdahulu, menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram, Nurul Shuhada mendakwa Hafidz berkahwin tanpa izinnya. "Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya," katanya. Nurul Shuhada berkata, luahan yang dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz itu dibuat bagi melindungi diri dan d...

Kereta Hancur! Pemain Badminton Dan Ibu Maut Dalam Kemalangan!

Image
Pemain badminton Indonesia, Syabda Perkasa, 21, dilaporkan meninggal dunia dalam satu nahas kemalangan yang berlaku di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin. Tragedi yang berlaku sekitar jam 3.40 pagi itu turut mengorbankan ibu pemain berusia 21 tahun, Anik Sulistyowati, 48 dan kedua-dua beranak itu meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara itu, bapanya Muanis Hadi Sutanti dan dua kakaknya iaitu Diana Sakti Anistyawati dan Tahta Bathari Cahyaloka pula mengalami kecederaan. Mereka menerima rawatan di RSI Al Ikhlas Pemalang. Kapolres Pemalang, AKBP Yoyan Fatika Handhiska Aprilaya berkata, Syabda dan keluarganya dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian neneknya yang meninggal dunia pada Ahad malam. “Rombongan ini berangkat kurang lebih kurang pukul 11 malam dari Bekasi yang semula korban S ini membawa mobil dari rumah sampai KM57 yang ada di Cikampek Karawang,”kata Yoyan kepada detikJateng. Bagaimanapun, ayah Syabda pula menggan...

Dicekik & Ditampar, Sajat Dedah Detik2 Hampir Diperkosa Orang Arab, Tapi Ini Yang Buat Pada Hujung2

Image
Muhammad Sajat Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berkongsikan detik cemas hampir diperkosa seorang lelaki di premis perniagaannya di Australia pada 17 Januari lalu. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Sajat berkata susulan kejadian itu dia mengalami kemurungan sehinga perlu menjalani rawatan. Sajat berkata suspek berbangsa Arab itu sudah berjaya ditahan dan kini dalam siasatan pihak polis negara berkenaan. “Dua minggu lepas, saya kena ugut. Ada seorang lelaki ni, dia cuba nak perkosa terhadap saya. Tu punca saya tak buka kedai sebab tengah ‘anxiety’. “Ia dah jadi kes polis. Jadi sekarang ni saya dapat pertolongan daripada agensi yang memberi bantuan terapi untuk kesihatan mental serta gangguan seksual kerana jantina saya perempuan,” katanya. Sajat turut berkongsikan suspek pernah menjadi pelanggan di kedai salon miliknya serta memberitahu dia tidak melawan kerana bimbang keadaan akan lebih teruk. “Fizikalnya (suspek) besar, tinggi.. dia terkam leher, tampar muka. Saya tak mel...

Dipeluk Dan Diraba Bergilir-Gilir! Pelancong Jepun Dicabul Ketika Sambut Festival Holi

Image
PERAYAAN Holi adalah salah satu sambutan penting bagi penganut Hindu di India yang diraikan pada 8 Mac 2023 lalu. Acara penuh warna warni itu turut disertai ramai pelancong asing yang ingin turut sama merasai kemeriahannya. Namun lain pula situasinya bagi seorang wanita dari Jepun apabila dia dibuli dan dikasari sekumpulan lelaki tempatan. Video kejadian gangguan seksual terhadap wanita itu tular selepas dikongsikan di akaun Twitter @namidanamat. Kumpulan lelaki berkenaan dilihat bergilir-gilir melumur pewarna. meraba tubuh selain memecahkan telur di kepala wanita malang berkenaan. "Selamat Holi," kata kumpulan lelaki itu. "Sakit, sakit," jerit wanita itu. Kejadian ini dikatakan berlaku di daerah Paharganj, India dan mencetuskan kemarahan rakyat negara itu sehingga mendapat perhatian aktivis wanita Delhi, Swati Maliwal yang menganggap insiden ini sebagai kes serius. "Video memalukan ini tular di media sosial dan menunjukkan gangguan seksual yang dialami oleh pe...

Lama Berdiam Diri, Bapa Hafidz Roshdi Tampil Bersuara Bila Anaknya Perlu Menjalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan

Image
Bapa kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Roshdi Ahmad berharap kemelut ruma tangga anaknya itu dapat diselesaikan dengan cara baik. Memetik Sinar Harian, Roshdi berkata bagi pertuduhan menumbuk isteri yang dihadapi anaknya, dia menyerahkan perkara itu diadili oleh mahkamah. “Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik. InsyaALLAH kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik,” Roshdi yang ditemui di mahkamah semalam berharap isu yang tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah tidak terus dibangkitkan oleh mana-mana pihak. “Bagi isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan kerana pada saya ia boleh beri kesan tidak baik. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan ia perlu dihentikan “Kami bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan selama ini kami cuma berdiam (diri),” katanya. Semalam, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada pada 2 Mac lalu. Sus...

Isu Tegur Konsert Kpop, Pu Syed Diugut Tembak?- “Pistol Dah Beli Siap”

Image
Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak   atau lebih dikenali sebagai PU Syed ialah seorang pendakwah di Malaysia. Telah dinobatkan sebagai juara dalam rancangan realiti islamik terbitan astro oasis iaitu Pencetus Ummah musim ke-3 pada tahun 2015. Tugas sebagai seorang pendakwah bukanlah satu kerja yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi untuk mengadap musuh-musuh islam. VIA google Baru-baru ini, PU Syed berkongsikan satu video di mana dia memberikan ceramah sambil menyelit isu konsert kpop yang di adakan di kuala lumpur. “Bukit jalil nuh 63 ribu orang datang konsert Blackpink, tiket bukan seringgit tapi beratus ringgit. konsert tu diadakan ketika orang lain dilanda musibah banjir, saya khabar dalam satu posting oleh kerana kecewa dgn keadaan itu, PU Syed berdoa supaya allah alihkan banjir tersebut di stadium itu tpi dengan kuasa allah tiada setitik pun banjir dan PU Syed diperli oleh mereka sambil berkata “tuhan bersama kami tiada hujan”. VIA instagram PU Syed PU S...

Akhinya Hael Husaini Bersuara Isu ‘Perwatakan Lembut’

Image
Penyanyi,   Hael Husaini   sebelum ini menjadi bualan ramai selepas tular satu video di TikTok yang memaparkannya sedang menikmati hidang sambil berbual dengan rakannya di hadapannya telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang merasakan perwatakan Hael yang dilihat semakin ‘lembut’. “Raya Nanti Korang Tak Minta Maaf, Aku Tak…..” Hael Husaini, menerusi ciapan di Twitter, dilihat seolah-olah ‘menyindir’ para netizen yang ‘membawang’ mengenainya di media sosial. “Seronok ek korang. Raya nanti korang tak minta maaf, aku tak bagi duit raya.”-Ciapan Hael di Twitter Dibanjiri Komen Netizen Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan maaf serta sempat berseloroh meminta duit raya kepada pemenang AJL 33 itu. “Hael i claim my duit raya when i see you this weekend okay.” “Ahahaa baik laa, minta maaf Hael. Nak duit raya warna purple satu?.” “Yeay nak minta duit raya jugak la. Sebab Hael makin encem.” “Sebelum raya lagi saya ...

Netizen Makin Bimbang Dengan Perubahan Hael Husaini, Terbaru Hael Buat Benda Ni Smp Nampak Lain

Image
  Penyanyi Hael Husaini mencuri perhatian ramai selepas berlaku perubahan pada bahagian wajahnya di mana dia didakwa melakukan sesuatu untuk kelihatan seakan-akan ‘Korean look’. Apatah lagi, penampilan barunya itu dikatakan tidak menampakkannya maskulin dan didakwa semakin ke arah lelaki ‘lembut’ atau homoseksual. Terbaru, rakaman dimuat naik oleh sebuah restoran makan mempamerkan pelantun lagu Hajat itu sedang menikmati juadahnya sambil berborak ketika satu acara berlangsung. Namun, wajahnya pula yang menjadi tumpuan dan bualan warganet di TikTok sehingga sesetengah daripada mereka berpendapat penampilannya seperti Michael Jackson. Malah, seorang individu turut persoal jika dia melakukan rawatan di bahagian bibir kerana sangat lain dengan Hael yang sebelum ini. Lain macam dia sekarang. Buat sulam bibir ke?” Rata-ratanya mempunyai pendapat yang sama iaitu penyanyi itu sudah lain daripada dirinya beberapa tahun lepas yang dilihat macho namun kini semakin ke arah lelaki ‘lembut’. Sum...